Wednesday, August 19, 2009

aku nak bebas

Aku tak mahu lagi kerja makan gaji. Masuk kerja 8.30 pagi, balik 6.00 petang. 7.00 pagi - 7.00 malam aku tinggalkan anak-anak, tak beribu tak berayah. Hanya untuk dibayar upah RM3,000 yang bila tolak hutang dan bajet sara hidup rupanya hanya cukup sebulan. Itu pun adakala jenuh ikat perut.Berapa nak simpan dalam ASB? Simpanan pendidikan & masa depan anak-anak? Bila masa nak mampu dilindungi insurans?Kalau perkara asas ni pun aku masih gagal, macam mana aku nak mimpikan rumah idaman, kereta impian, duit berkepuk dalam simpanan dan bini tambahan, ops..! :)Sampai bila aku kena dengar arahan bos dan ikut kemahuan client ?Siapa pula yang peduli tentang keperluan dan keinginan dalam hidup aku ?Hanya aku sendiri yang boleh ubah keadaan hidup aku. Semua pokok pangkal bergantung pada diri aku sendiri. Cukuplah selama 6 tahun ini aku merasai realiti hidup sebagai seorang pekerja makan gaji, yang tebal poketnya hanya pada hujung bulan.Kini matlamat aku jelas, aku ingin lari keluar dari sangkar kerjaya yang hanya membataskan pencapaian kewangan aku, mencuri masa berharga (12 jam sehari!) dan mengerah keringat usaha aku tanpa apa-apa pulangan bermakna dalam hidup aku. Kini aku telah bulatkan nekad dan tetapkan matlamat. Aku kini seorang pejuang, yang memperjuangkan kebebasan diri aku sendiri. Berikan aku masa 2 tahun, pada usia aku 30 tahun aku akan berdiri sebagai seorang yang bebas dan hidup sebagaimana yang aku impikan! Blog ini akan menjadi saksi kesungguhan perjuangan aku. Aku akan kongsikan perjalanan dan pengembaraan aku di sini agar mudah aku bermuhasabah sepanjang jalan perjuangan. Blog ini adalah realiti hidup aku, moga bermanfaat buat semua yang melayari dan mengikutinya. Kalau kau juga masih terbelenggu dalam hidup, moga terbuka hendaknya pintu hati untuk turut sama memperjuangkan kebebasan hidup. Hidup ini hanya sekali, jangan biarkan orang lain merampasnya, berjuanglah membebaskannya.Aku ingin bebas!!

No comments: