Wednesday, August 19, 2009

jangan hutang membelenggu kehidupan anda

Seronokkah jika dapat berhutang? Sekarang ni macam-macam, ambil dulu bayar kemudian. Bulan puasa dah semakin dekat. Bila sibuk berpuasa, sibuk jugalah nak buat persiapan raya. Masa tu lah nak buat persediaan macam-macam.
Perabot baru, kereta baru, TV baru, kasut baru, handphone baru, jam tangan baru dan pelbagai lagi yang baru-baru.
Nanti dulu!
Semak semula. Hutang yang dulu-dulu dah habis bayar ke? Tengokkan sekali hutang pinjaman pelajaran atau hutang dengan saudara mara dan rakan-rakan. Mana lah tahu ada hutang lagi yang tertunggak.
Sempena nak datang bulan Ramadhan ni, jika anda ada hutang piutang tu, apa kata anda selesaikan sebelum ia menjadi masalah besar kepada anda. Jika tidak dapat selesaikan seratus peratus pun pastikan anda meletakkan komitmen untuk membayar hutang tersebut secara beransur-ansur. Tapi janganlah beri tekanan kepada kewangan anda sehingga ia membebankan anda.
Kepada penggemar atau pemilik hobi memiliki kad kredit lebih dari 1, pastikan anda bersedia dengan komitmen dan menepati perjanjian yang anda buat semasa mendaftar kad tersebut. Jika tak mampu penuhi janji tersebut, batalkan lebihan kad kredit tersebut dan kekalkan hanya satu untuk penggunaan pada waktu-waktu yang perlu sahaja.
Anda mesti tahu, jika tak jelaskan bayaran tertunggak, hutang kad kredit tu boleh meningkat. Caj yang dikenakan kepada anda semakin hari semakin bertambah. Jangan sampai jatuh muflis sudah la.
Apa yang penting, jangan sampai hidup anda dikelilingi hutang

No comments: